PENGENALAN

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan yang terdapat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra, Kedah Darul Aman. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 3 orang ketua kursus disamping seramai 21 pensyarah yang terdiri dari pelbagai latar belakang akademik dari  pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Jabatan ini menyediakan tenaga pengajar untuk Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik bagi kursus-kursus seperti Matematik Kejuruteraan Semester 1 – Semester 6, Sains Juruteknik untuk Semester 1, Aplikasi Komputer untuk Semester 1, Matematik serta Sains untuk program ‘Foundation’ ataupun program Bridging.

Selain itu JMSK juga turut mengajar pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi kursus Matematik Semester 1 – Semester 2 dan juga pelajar dari Jabatan Perdagangan untuk kursus Aplikasi Komputer untuk Semester 1.

Kursus-kursus yang diajar oleh pensyarah JMSK ini merupakan kursus-kursus asas yang penting dalam membentuk tenaga kerja separa professional yang berkualiti selaras dengan misi POLIMAS.


VISI

Menyediakan pendidikan cemerlang dalam matapelajaran berkaitan Matematik, Sains dan Komputer dan berazam melahirkan lulusan yang berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berdaya maju.

MISI

Membantu jabatan-jabatan induk dalam menyediakan program dan latihan berkualiti yang dikendalikan oleh tenaga pengajar terlatih dan profesional untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di Malaysia.

KAEDAH PENGAJARAN

Perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori (bilik kuliah) dan amali (aktiviti di makmal Komputer). Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan bantuan alat bantu mengajar seperti penggunaan modul, Komputer dan lain-lain.