Pengenalan

Unit ini mengurus dan mengendalikan pengurusan, perkhidmatan dan kemudahan meliputi:

1.Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.

2.Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK.

3.Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya.

4.Menjadi rujukan organisasi bagi perlaksanaan SPK dalam memenuhi keperluan standard dan dokumen kualiti yang berkuatkuasa.

5.Melaksanakan dasar pembangunan modal insan (meliputi: pembangunan program kurikulum dan kokurikulum, pengurusan kualiti)

6.Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti akreditasi selaras dengan keperluan standard dan Manual yang sedang berkuatkuasa.

7.Memastikan semua program yang ditawarkan di POLIMAS mendapat akreditasi Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Board of Engineering Malaysia (BEM) / Malaysia Board of Technologies (MBOT) / Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

8.Memastikan POLIMAS mengekalkan persijilan akreditasi yang telah diterima

9.Menyelaras pemberian pengiktirafan dan penghargaan kepada warga POLIMAS yang telah menunjukkan kecemerlangan dari segi perkhidmatan dan peribadi pada satu-satu bulan yang dinilai berpandukan kriteria yang disediakan oleh JPP/BKP

10.Menyelaras, merancang segala aktiviti pengauditan dalaman POLIMAS berkaitan MS ISO 9001:2015 dan melaporkan dapatan audit untuk tujuan penambahbaikan.

11.Menyelaras dan merancang segala aktiviti penilaian program secara dalaman yang berkaitan dengan MQA, ETAC, MBOT dan RISM serta melaporkan dapatan.

12.Memberi pendedahan mengenai dokumen standard dan Manual untuk memenuhi keperluan akreditasi program dan APACC

13.Memastikan POLIMAS mengekalkan persijilan akreditasi daripada semua badan professional termasuk APACC

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI UNIT JAMINAN KUALITI DAN DOKUMENTASI kemaskini pada 14 02 2024 2 page 0001

Misi

Visi

Dasar Kualiti

Dasar kualiti Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.

Objektif Kualiti

Kecemerlangan Akademik

  1. Memastikan kadar kelulusan bagi setiap program tidak kurang daripada 90% bagi setiap semester.
  2. Berusaha memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada pelajar yang lulus mencapai PNM 3.00 atau lebih untuk setiap program bagi setiap semester.

Kecemerlangan Staf

  1. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
  2. Memastikan Jadual Perancangan Latihan Staf dilaksanakan sekurang-kurangnya 85% dalam tempoh setahun.

Kecemerlangan Proses

  1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.

Teras Pelan Strategik

i. Menghasilkan Graduan TVET yang Berkualiti

      Reproduce Quality TVET Graduates

ii. Memantapkan Govenan yang Responsif dan Mampan

      Strengthening Responsive and Sustainable Governance

iii. Memperkaya Bakat

       Enriching Talents

iv. Menerajui Sistem Pendidikan Melalui TVET 4.0

      Spearheading Education System Through TVET 4.0

v. Memperkukuh Kolaborasi Industri dan Agensi Luar

        Fortifying Collaboration with Industries and Community

vi. Membudayakan Penyelidikan, Gunaan dan Inovasi

       Enculturating Applied Research and Innovation