Pengenalan

Unit Peperiksaan merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bernaung dan bertanggungjawab di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik dan Pengarah Politeknik. Bagi sesebuah politeknik, Unit Peperiksaan adalah unit yang dipertanggungjawabkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti peperiksaan dan persijilan serta penilaian pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan.

Unit ini diamanahkan untuk memastikan segala aspek berkaitan dengan memberi panduan mengenai pembelajaran, penilaian, pengawalan dan perjalanan peperiksaan terutamanya kepada pelajar. Selain dari fungsi utamanya mengeluarkan keputusan penilaian kepada pelajar hasil dari keputusan Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik, unit ini juga bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Diploma kepada pelajar yang telah mendapat status Lulus Penuh dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Penganugerahan Sijil /Diploma Politeknik.

Unit Peperiksaan diketuai oleh seorang Ketua Unit dan 2 orang Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Politeknik, dibantu oleh beberapa Penyelaras Peperiksaan Jabatan yang dilantik dari setiap dari Jabatan Akademik . Ianya turut dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat.