Latar Belakang

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Diploma Politeknik KPT. Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20 minggu (satu semester) bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik.

Pelajar adalah layak menjalani latihan industri setelah mereka menduduki lima kali peperiksaan akhir bagi kursus diploma. Pelajar diberi pilihan untuk memohon tempat latihan samada melalui Unit Perhubungan dan Latihan Industri politeknik masing-masing atau membuat permohonan sendiri. Pelajar dikehendaki memohon tempat latihan yang bersesuaian dengan bidang yang dipelajari di politeknik.

UPLI juga bertanggung jawab untuk memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak POLIMAS sentiasa baik dan berterusan.

Objektif

  • Membina personaliti individu
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  • Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan
  • Menghasilkan laporan latihan industri