Pengenalan

Perpustakaan Nilam Sari dibuka dan dirasmi pada 24 Ogos 2014 oleh Datuk Mohlis Bin Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik. Perpustakaan ini mempunyai 2 aras yang dapat menampung 986 orang pengguna pada satu masa. Perpustakaan Nilam Sari diketuai oleh Penolong Pustakawan dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Pustakawan yang bertanggungjawab membantu dalam memberi perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna. Keahlian adalah percuma kepada semua staf dan pelajar Politeknik Mersing.

Misi

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa professional yang berilmu pengetahuan.

Visi

Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

Fungsi

  1. Menyediakan kemudahan penyelidikan, rujukan, prasarana fizikal dan sistem komputer serta keperluan maklumat kepada staf dan pelajar bagi meningkatkan prestasi dan sahsiah pelajar.
  2. Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
  3. Menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pengguna bagi memupuk minat dan membudayakan ilmu disamping dapat memanfaatkan masa yang terluang di Perpustakaan.
  4. Membantu melahirkan tenaga separa professional berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Perkhidmatan/Kemudahan

  1. Perkhidmatan Sirkulasi
  2. Perkhidmatan Rujukan
  3. Bilik Aktiviti Pelajar
  4. Bilik Perbincangan
  5. Ruang Opac (Komputer dan Koleksi Soalan Peperiksaan)
  6. Ruang Media (Santai)

Aktiviti/Hebahan/Promosi