PENGENALAN

Unit Kaunseling dan Kerjaya ditubuhkan di POLIMAS sejak Oktober 1990 dan kini dinamakan sebagai Unit Pengurusan Psikologi. POLIMAS menyedari bahawa pelajar-pelajar adalah insan biasa yang akan berhadapan dengan pelbagai isu seperti isu intrapersonal dan interpersonal, akademik, sosial dan sebagainya. Unit Pengurusan Psikologi berperanan membantu pelajar-pelajar agar dapat mengatasi cabaran hidup di kampus, belajar dengan berkesan serta berjaya dalam bidang kerjaya yang bakal diceburi.

PERKHIDMATAN

Jenis Perkhidmatan yang diberikan:-

  • Kaunseling Individu / Kelompok;
  • Bimbingan Individu / Kelompok;
  • Pembangunan Kerjaya;
  • Konsultasi;
  • Intervensi Krisis

PERANAN

  • Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
  • Memberi khidmat nasihat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi;
  • Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;
  • Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, pembangunan kerjaya, khidmat perundingan dan intervensi krisis;
  • Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling;
  • Membekalkan maklumat tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran.

CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI UPPSI 2024 versi baru page 0001 1

 

WAKTU OPERASI

 

WAKTU OPERASI PEJABAT page 0001

 

HUBUNGI KAMI

Telephone 2 Icon | IconExperience - Professional Icons ยป O-Collection  04-9146100 Ext. 6158/6159/6160
Instagram mobile app logo, Instagram app icon, Ig app free vector 18910697  Vector Art at Vecteezy uppsi_polimas
Facebook Icon Transparent Vector Art, Icons, and Graphics for Free Download Unit Pengurusan Psikologi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah