Pengenalan

Unit Pentadbiran POLIMAS adalah satu unit yang mengendalikan kerja-kerja khidmat sokongan pentadbiran (House Keeping) kepada pengurusan Pelajaran dan Pembelajaran (P & P) di POLIMAS.

Unit Pentadbiran diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan. Terdapat 4 unit kecil dibawah Unit Pentadbiran yang diketuai oleh Penolong Akauntan, Ketua Pembantu Tadbir, Ketua Penyelia 
Asrama dan Pembantu Tadbir (Kew) Stor Pusat.

Pejabat Pentadbiran pada masa ini ditempat dibangunan baru Pentadbiran. Namun Stor Pusat dan Asrama berada di blok yang berasingan.

Unit Pentadbiran secara rasminya mempunyai beberapa Unit Kecil dibawahnya iaitu:

  • Unit Kecil Am
  • Unit Kecil Perjawatan dan Perkhidmatan
  • Unit Kewangan dan Akaun
  • Unit Kecil Stor Pusat
  • Unit Kecil Penyeliaan Asrama

Unit Kecil Am

Unit Kecil ini menguruskan pentadbiran am yang meliputi;

  • Surat Menyurat dan Fail
  • Penerimaan Mel dan pengagihannya
  • Tempahan Bilik Mesyuarat
  • Tempahan Kenderaan
  • Semua urusan yang berkaitan Pentadbiran Am

Unit Kecil Perjawatan dan Perkhidmatan

Unit Kecil ini menguruskan semua urusan Perjawatan dan Perkhidmatan;

  • Perlantikan, Pengesahan dalai Perkhidmatan, Perletakan dalam Perkhidmatan Berpencen dan Persaraan.
  • Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan dan Fail Peribadi 
  • Pengurusan Laporan berkaitan Perjawatan
  • Pengurusan Penyata Perubahan berkaitan Perkhidmatan
  • Pengendalian Sistem Maklumat Staf (SMS)
  • Pengendalian Sistem Maklumat Personel (SISPEN)
  • Pengurusan Tatatertib
  • Pengurusan Kenaikan Pangkat
  • Pengurusan Peperiksaan dalam Perkhidmatan

Unit Kewangan dan Akaun

Unit Kecil ini mengendalikan semua urusan yang berkaitan Kewangan dan Akaun seperti;

  • Penyediaan Belanjawan Kewangan
  • Pengurusan Gaji dan Elaun
  • Pengurusan Kutipan Hasil dan Sewa
  • Pengurusan Pembayaran
  • Pengurusan Pinjaman perumahan, kenderaan dan Komputer
  • Pengurusan Perakaunan
  • Pengurusan jawapan kepada pertanyaan audit kewangan

Unit Kecil Stor Pusat

Unit Kecil ini mengurus dan mengendalikan Stor dan urusan Perolehan Barang;

  • Pengurusan pembelian barang dan penerimaan barang
  • Penyimpanan stok, Daftar Harta Modal dan Inventori
  • Pengeluaran stok
  • Pelupusan barang

Unit Kecil Penyeliaan Asrama

Unit Kecil ini mengendalikan pengurusan asrama dengan kerjasama Warden;

  • Penyeliaan Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan asrama
  • Pengawalan sumber; Staf, Inventori, Peralatan dan Harta.
  • Pengurusan Fail, Surat Menyurat, Data, Rekod dan Laporan berkaitan asrama