Pengenalan

Perpustakaan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1984 
dan ia telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah,
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Perpustakaan ini telah diwujudkan untuk kemudahan para pelajar
POLIMAS membuat rujukan terhadap bidang akademik yang diikuti.

 Perpustakaan terletak di kawasan yang strategik serta berdekatan dengan bilik kuliah dan kelas pengajian. 
Bangunan perpustakaan mempunyai 2 aras dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta dapat 
menampung 500 orang pengguna pada satu masa.

 Unit Perpustakaan diketuai oleh Pustakawan serta dibantu oleh 5 orang kakitangan yang
bertanggungjawab untuk membantu para pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam dan berjanji akan :

  • Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dengan pantas dan cekap
  • Memastikan koleksi perpustakaan berkualiti dan terkini mengikut peruntukan yang disediakan
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan tepat di dalam memenuhi kehendak pelanggan
  • Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali bahan
  • Menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan kami dapat dipenuhi

Visi

Membina koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efesyien, 
sistematik dan mesra pelanggan

Misi

Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui 
teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional

Objektif

Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan menyebarkan sumber yang 
bersesuaian, berkualiti dan terkini. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk 
minat cintakan perpustakaan dan membidayakan ilmu. Memberikan perkhidmatan yang 
cemerlang dan membudayakan perkembangan teknologi semasa. Membantu melahirkan 
tenaga separa profesional yang kretif dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi