Pengenalan

Unit Sistem & Teknologi Maklumat (USTM) telah ditubuhkan pada tahun 2001 apabila jawatan Pegawai Sistem & Teknologi Maklumat diwujudkan di POLIMAS. Malah, perjawatan dalam bahagian ICT di POLIMAS telah ditambah dari masa ke semasa. Pada masa sekarang, unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F44) dengan dibantu oleh tiga orang Pegawai Teknologi Maklumat (F44), enam orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) dan dua orang Juruteknik Komputer Kanan (FT19).

Objektif

Untuk memberi bantuan dan perkhidmatan dalam bidang ICT untuk pengurusan, pengajaran dan pembelajaran aktiviti dalam POLIMAS.

Fungsi

  • Mengurus dan mengawalselia Sistem Rangkaian Kampus POLIMAS.
  • Mengurus dan mengawalselia Sistem Maklumat Pengurusan Politeknik(PMIS/OPTIMIS)
  • Membangunkan, mengawalselia dan mengemaskini sistem pangkalan data politeknik
  • Membangunkan, mengawalselia dan mengemaskini laman web POLIMAS
  • Memberi bantuan khidmat nasihat dan lain-lain mengenai ICT kepada semua staf.

Semasa proses pendaftaran pelajar, unit ini juga menyediakan Sistem Pendaftaran Pelajar untuk memudahkan dan mempercepatkan pendaftaran pelajar. Disamping itu, unit ini juga membangunkan Sistem Kokurikulum Pelajar untuk kemudahan unit Kokurikulum. Lain-lain sistem yang dikawalselia ialah e-SPKB, e-Perolehan, HRMIS, Sistem Mikro Berkomputer, SISPEN dan Sistem Pengurusan Aset Kerajaan.

Projek Sistem Rangkaian Kampus POLIMAS dibawah projek ESSP dengan dana kewangan Bank Dunia telah siap sepenuhnya pada tahun 2004.Pada awal pengoperasiannya, rangkaian kampus POLIMAS beroperasi dengan Internet talian suwa yang berkelajuan 2 Mbps dan pemasangan peralatan ICT yang berteknologi tinggi. Pada tahun 2005, dibawah kewangan "Crash Program", peralatan rangkaian ICT telah ditambah di bangunan akademik baru dan Unit Pentadbiran baru. Seiring dengan keperluan semasa dan pertambahan bilangan staf di POLIMAS, pada tahun 2008 pihak POLIMAS telah menaiktaraf kadar kelajuan talian suwa Internet kepada 4 Mbps yang membolehkan semua staf dapat bekerja dengan lebih berkesan. Dengan menaiktaraf talian Internet tersebut juga beberapa kemudahan dan perkhidmatan ICT dapat ditawarkan kepada staf POLIMAS seperti Wireless Internet, Sistem Video Conference dan CCTV.

Pada bulan November 2010, sekali lagi talian Internet di POLIMAS telah dinaiktaraf di bawah projek Malaysia Research And Education Network (MYREN) Fasa 2A yang turut melibatkan 20 politeknik dan 20 kolej komuniti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Sehingga kini, dibawah projek MYREN ini, talian Internet di POLIMAS beroperasi dengan kapasiti bandwitdh 10MB (Metro-E). Projek MYREN menggunakan konsep "dedicated network linking research and education entities" di seluruh Malaysia dengan talian Internet dihalakan (routing) mengikut zon dan setiap zon dipusatkan kepada MYREN Core Network.

Bagi memastikan penyampaian dan perkhidmatan yang berkesan, USTM telah menyediakan satu Sistem Bantuan ICT (http://ustmhelpdesk.polimas.edu.my) bagi kegunaan kakitangan POLIMAS. Pengguna boleh mengemukakan aduan atau permohonan secara atas talian kepada USTM. Penggunaan e-mel rasmi diperlukan dalam membuat aduan. Setiap aduan dan permohonan akan dibekalkan dengan Nombor Aduan yang unik bagi memastikan pengadu dapat menyemak kembali status aduan atau permohonan yang telah dibuat. Sila rujuk Tatacara Penggunaan Sistem Bantuan ICT untuk bantuan.