iconPENGENALAN

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) POLIMAS diwujudkan bertujuan untuk :

1.Membudaya dan memperkasakan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan dalam kalangan staf dan pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah (POLIMAS)

2.Pusat penyelarasan aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersial dalam kalangan pensyarah dan staf POLIMAS.

3.Pusat pengumpulan dan rujukan bahan penulisan ilmiah, bahan inovasi dan bahan penyelidikan di peringkat institusi, zon, kebangsaan dan antarabangsa.

iconCARTA ORGANISASI

UPIK 2024

iconSKOP TUGAS

 KETUA UNIT

1.Merancang, menyelaras dan mengelola aktiviti Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator)

2.Merancang, menyelaras dan mengelola aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan warga POLIMAS melalui permohonan geran atau dana penyelidikan/ pembangunan inovasi/ pengkomersialan/ pemindahan teknologi

3.Merancang, menyelaras dan mengelola penganjuran bengkel/ seminar/ persidangan/ pertandingan/ pitching/ konsultansi penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan melalui pelbagai peringkat iaitu politeknik, kebangsaan, negeri dan antarabangsa

4.Menyelaras dan memantau aktiviti berkaitan penerbitan ilmiah (jurnal/ digest/ prosiding)

5.Merancang, menyelaras dan mengelola aktiviti pemindahan teknologi hasil penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan

6.Merancang, mengurus dan menyelenggara pangkalan data penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan

7.Menyediakan laporan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan

8.Menguruskan sebaran luas aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan

9.Merancang dan mengurus perolehan dana harta intelek produk inovasi

SETIAUSAHA

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit dalam bidang pengurusan unit
  2. Merancang agenda mesyuarat dan menyediakan surat/ memo panggilan mesyuarat
  3. Mengedar surat/ memo panggilan mesyuarat/ panggilan mesyuarat
  4. Mencatat minit mesyuarat
  5. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat JK Induk
  6. Merancang bersama AJK segala aktiviti unit sepanjang tahun
  7. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan unit

BENDAHARI

  1. Bertanggungjawab kepada Ketua Unit dalam pengurusan pentadbiran kewangan
  2. Menyedia dan menyimpan buku akaun unit
  3. Menerima dan menyimpan resit, baucar, buku rekod keluar masuk wang dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan
  4. Menyediakan laporan kewangan setiap kali mesyuarat (jika perlu)

KETUA PENYELARAS INOVASI & GERAN

1.Merancang dan melaksanakan aktiviti penghasilan inovasi warga POLIMAS melalui permohonan geran atau dana penyelidikan dan pembangunan inovasi seperti PPRN, T-ARGAS, MOSTI dan lain-lain.

2.Merancang dan melaksanakan penganjuran bengkel/ seminar/ pertandingan/ pitching/ konsultansi inovasi melalui pelbagai peringkat iaitu politeknik, kebangsaan, negeri dan antarabangsa

3.Merancang, menyelaras dan melaksana aktiviti pemindahan teknologi hasil penyelidikan dan inovasi

4.Mengurus dan menyelenggara pangkalan data inovasi dan geran

5.Menyediakan laporan aktiviti inovasi dan geran

6.Menguruskan sebaran luas aktiviti inovasi dan geran

7.Merancang dan menyelia perolehan dana harta intelek produk inovasi dan geran

KETUA PENYELARAS ICOMPEX

  1. Membuat perancangan perlaksanaan ICOMPEX
  2. Mengurus, menyelaras dan memantau perlaksanaan ICOMPEX
  3. Menyediakan laporan pelaksanaan ICOMPEX
  4. Mencadangkan dan memanjangkan projek inovasi yang menang dan berpotensi untuk dikomersialkan

KETUA PENYELARAS KIKHB

  1. Bertanggungjawab membuat perancangan aktiviti KIKHB di POLIMAS
  2. Memberikan kursus dan pendedahan kepada warga POLIMAS berkaitan KIKHB
  3. Mengurus dan menyelia pensyarah yang berminat menyertai pertandingan KIKHB ke peringakat luar organisasi
  4. Menyediakan laporan aktiviti KIKHB
  5. Mencadangkan dan memanjangkan projek KIKHB yang berpotensi untuk dikomersialkan.

KETUA PENYELARAS PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

  1. Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan warga POLIMAS melalui permohonan dana penyelidikan
  2. Merancang, menyelaras dan mengelola penganjuran bengkel/ seminar/ persidangan/ pertandingan/ pitching/ konsultansi penyelidikan di pelbagai peringkat iaitu politeknik, kebangsaan, negeri dan antarabangsa
  3. Menyelaras aktiviti berkaitan penerbitan ilmiah (jurnal/ digest/ prosiding)
  4. Menyelenggara pangkalan data penyelidikan.
  5. Menyediakan laporan aktiviti penyelidikan
  6. Menguruskan sebaran luas aktiviti penyelidikan

KETUA PENYELARAS PENGKOMERSIALAN

1.Merancang, menyelaras dan mengelola aktiviti pengkomersialan warga POLIMAS melalui permohonan geran atau dana pengkomersialan dan pemindahan teknologi

2.Merancang, menyelaras dan mengelola penganjuran bengkel/ seminar/ pertandingan/ pitching/ konsultansi pengkomersialan melalui pelbagai peringkat iaitu politeknik, kebangsaan, negeri dan antarabangsa

3.Merancang, menyelaras dan mengelola aktiviti pemindahan teknologi hasil pengkomersialan

4.Merancang, mengurus dan menyelenggara pangkalan data pengkomersialan

5.Menyediakan laporan aktiviti pengkomersialan

6.Menguruskan sebaran luas aktiviti pengkomersialan

7.Merancang dan mengurus perolehan dana harta intelek produk inovasi

PENYELARAS UPIK JABATAN

1.Membantu menyelaras dan mengelola aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan warga POLIMAS di Jabatan melalui permohonan geran atau dana penyelidikan/ pembangunan inovasi/ pengkomersialan/ pemindahan teknologi

2.Membantu menyelaras aktiviti berkaitan penerbitan ilmiah (jurnal/ digest/ prosiding)di Jabatan

3.Membantu menyelaras dan mengelola aktiviti pemindahan teknologi hasil penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di Jabatan.

4.Membantu menyelenggara pangkalan data penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di Jabatan

5.Menyediakan laporan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di Jabatan

6.Membantu sebaran luas aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan di Jabatan

7.Membantu merancang dan mengurus perolehan dana harta intelek produk inovasi di Jabatan

iconPETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

Indeks

Penyataan KPI

Definisi Operasi

Sasaran

KPI 16

Bilangan penerbitan penyelidikan oleh warga Politeknik dan Kolej Komuniti pada tahun semasa

Bilangan kertas penyelidikan yang diterbitkan di peringkat zon/ kebangsaan/ antarabangsa

31

KPI 17

Bilangan produk inovasi/ perkhidmatan yang diaplikasikan/ solution provider dalam kalangan POLYCC atau di institusi luar pada tahun semasa

Bilangan produk inovasi yang berjaya sebagai solution provider/ diaplikasi di Politeknik/ Kolej Komuniti/ industry/ agensi/ jabatan/ komuniti

3