PENGENALAN

Salah satu antara jabatan yang berada di Politeknik Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah adalah Jabatan Kejuruteraan Awam.Di sinilah para pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam akan di tempatkan di sepanjang sesi pengajian mereka Jabatan ini mempunyai seorang Ketua Jabatan dan terdiri hampir lebih 108 orang pensyarah yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Kursus Perancangan Bandar Dan Wilayah adalah merupakan "niche area" bagi POLIMAS. JKA menawarkan kursus di peringkat diploma dalam bidang berikut :-
 
1. Diploma Kejuruteraan Awam 
2. Diploma Seni Bina 
3. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan 
4. Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
5. Diploma Ukur Bahan

VISI/MISI/MATLAMAT

VISI
Menjadi institusi kecemerlangan TVET yang sejajar dengan keperluan industri.

MISI
Menyediakan akses kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf bagi melahirkan modal insan yang holistik, berdaya keusahawanan serta berdaya saing sejajar keperluan industri di peringkat glokal.
 
MATLAMAT
  • Menyediakan program pendidikan dan latihan yang komprehensif untuk melahirkan lulusan yang berilmu dan berkemahiran luas dalam bidang yang diceburi serta mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi .
  • Memupuk dan mengekalkan perhubungan rapat dengan industri melalui perundingan, lawatan serta program kerjasama .
  • Menyediakan program dan aktiviti yang menyeluruh untuk membina akhlak, perwatakan dan potensi pelajar .

KEMUDAHAN

Pelbagai kemudahan disediakan di JKA supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan cara yang lebih berkesan . Antara kemudahan pembelajaran yang disediakan bilik kuliah , dewan kuliah yang berhawa dingin, studio senibina, studio perancang, makmal kejuruteraan awam iaitu makmal jalan raya, makmal hidraulik, makmal ukur, makmal kualiti air, makmal perkhidmatan bangunan, makmal konkrit, makmal tanah, makmal struktur, makmal computer dan Cad, bengkel kayu, bengkel paip, bengkel elektrik, bengkel mekanikal dan bengkel bata yang mempunyai peralatan yang secukupnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

KAEDAH PENGAJARAN

Proses pengajaran dan pembelajaran di JKA menggabungkan kedua-dua kaedah pengajaran secara teori dan amali . Pengajaran di jalankan dengan menggunakan alat bantu mengajar multimedia yang bersesuaian seperti LCD, tayangan video, penggunaan komputer, penggunaan peralatan-peralatan bengkel dan makmal yang bersesuaian dengan sukatan matapelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran masa kini lebih banyak menekankan "Outcomes Besed Education(OBE)".