Unit Keusahawanan
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 109
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, (Pendidikan Tinggi), PPPM (PT) telah menggariskan 10 lonjakan bagi mencapai aspirasi sistem dan aspirasi pelajar. Lonjakan ini akan mendorongkan kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga akan menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Antara lonjakan pertama dalam PPPM (PT) adalah Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang.
Selaras dengan lonjakan ini, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah menyiapkan diri ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab untuk menjadi insan mulia selaras dengan matlamat PPPM (PT) yang telah ditetapkan. Unit Pembangunan Keusahawanan (UPK) POLIMAS yang dinaungi oleh Tuan Pengarah POLIMAS telah menetapkan “Key Performance Index” (KPI) Keusahawanan IPT di bawah PPPM (PT) 2015-2025 sebagai garis panduan sasaran pencapaian KPI Unit Pembangunan Keusahawanan, POLIMAS.
- Strategi Keusahawanan
Strategi Keusahawanan berteraskan KPI IPT di bawah PPPM (PT) yang diselaraskan dengan kehendak Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) melalui Pusat Keusahawanan Politeknik Malaysia (MPEC) adalah:
- Strategi A: Membangunkan Kurikulum Holistik dan Bersepadu - Melaksanakan Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (HIEP) dengan menerapkan elemen keusahawanan merentasi kurikulum dan bidang pengajian iaitu peratusan pelajar IPT mendapat pendedahan keusahawanan semasa dalam pengajian.
- Strategi B: Mengukuhkan Sistem Sokongan Pembelajaran
- Melaksanakan rangka kerja penjana pekerjaan (job creator framework) iaitu peratusan lulusan IPT menceburi bidang keusahawanan selepas menamatkan pengajian.
- Menambah baik ekosistem yang menyokong aktiviti keusahawanan pelajar iaitu peratusan pelajar IPT menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian.
- Memperkukuhkan kompetensi tenaga pengajar atau pembimbing keusahawanan iaitu bilangan tenaga pengajar dalaman dan luaran yang mempunyai kepakaran keusahawanan dan membantu atau menjadi penasihat dan mentor kepada perniagaan dan projek keusahawanan pelajar.
Bagi memastikan visi dan misi yang ditetapkan tercapai, unit ini disertai oleh para pensyarah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang akademik dengan model pelaksanaan, fungsi, struktur organisasi, dan aktiviti telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan dasar PPPM (PT) yang telah ditetapkan.
- Visi
Melahirkan graduan usahawan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan berketerampilan tinggi serta berakhlak mulia.
- Misi
Menerapkan pemikiran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi POLIMAS.
- Objektif
- Membentuk budaya dan minat keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi POLIMAS sebagai generasi muda yang menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di masa hadapan.
- Mencetus kesedaran dan minat siswa-siswi kepada aspek yang berkaitan dengan bidang keusahawanan.
- Memupuk nilai-nilai keusahawanan yang tulen seperti belajar untuk mengambil risiko, berinovatif dan proaktif dalam diri.
- Memupuk minda keusahawanan, kemahiran dan kecekapan membuat keputusan serta mengembangkan jaringan dan rangkaian usahasama.
- Fungsi
- Melaksana dan menyelaras program-program pendedahan, pembudayaan, pembangunan dan pengukuhan keusahawanan.
- Menjadi pusat rujukan dan saluran maklumat keusahawanan kepada warga POLIMAS.
- Menjadi pusat sehenti dalam mengujudkan jaringan antara industri dan bakal usahawan.
- Melahirkan usahawan dalam kalangan graduan POLIMAS melalui pendaftaran perniagaan dan penglibatan dalam aktiviti keusahawanan.