MPP1      MPP2      MPP3

 

Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2025 telah diadakan pada 9 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, POLIMAS. Pengarah POLIMAS, Haji Rosli Idris telah menyerahkan Watikah Perlantikan tersebut kepada 30 wakil pelajar yang telah memenangi kerusi pemilihan pelajar pada Pilihanraya Kampus POLIMAS pada 5 Februari 2025. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar berkenaan dan Selamat Memimpin kearah kecemerlangan mahasiswa POLIMAS.