v1       v2     

 

 

v3

🏆 TAHNIAH PASUKAN PETANQUE POLITEKNIK MALAYSIA!
Pasukan Petanque Politeknik Malaysia di bawah seliaan Majlis Sukan Politeknik (MSP) telah menyertai Varsity Boules Championship (VBC) 2025 yang berlangsung pada 26–30 Ogos 2025 (Selasa–Sabtu) di Kompleks Sukan Arena Emas, Skudai, Johor.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada:
Wan Umi Nafeesya Amna Wan Osmadi
Pelajar Program Diploma Teknologi Maklumat (DIT 2A)
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), POLIMAS
Beliau telah berjaya memenangi JOHAN kategori Triple Wanita bagi kejohanan tersebut, sekali gus mengharumkan nama POLIMAS dan Politeknik Malaysia di peringkat kebangsaan.
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada Coach Petanque POLIMAS, Zul Amalli Harun, atas usaha, bimbingan dan penyelarasan penyertaan ke kejohanan ini serta komitmen beliau dalam melahirkan atlet Polimas yang cemerlang.
Syabas dan teruskan kecemerlangan! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kejohanan yang lebih tinggi pada masa hadapan.