
KEM KEPIMPINAN TVET POLIMAS 2026 BENTUK MAHASISWA BERDAYA KEPIMPINAN
Seramai 50 orang siswa dan siswi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah menyertai Kem Kepimpinan TVET POLIMAS 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Oktober 2026 di Kem KAMC, Kampung Acheh, Yan, Kedah.
Kem ini bertujuan membentuk mahasiswa yang berdaya kepimpinan, berintegriti, berdisiplin serta mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan, antaranya aktiviti kecergasan, team building, kerohanian dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
Peserta turut mengikuti beberapa slot pengisian kepimpinan, termasuk Model Kepimpinan Mahasiswa Madani, Aspirasi dan Hala Tuju Mahasiswa TVET, Seni Mengurus Emosi dan Masa, serta Integriti dan Tadbir Urus Korporat dalam Kepimpinan.
Majlis penutupan kem telah dirasmikan oleh En. Hamizi bin Yahya, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik POLIMAS.
Diharapkan program ini dapat melahirkan mahasiswa TVET yang holistik, berketerampilan dan bersedia menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

































