HB2     HB1
!! LAFAZ IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 !!
15 Mei 2025
Sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) yang diraikan setiap 15 Mei, POLIMAS telah melaksanakan bacaan Ikrar Belia Malaysia dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Kuliah Satu pagi tadi jam 10.00pagi. Pelaksanaan ikrar ini merupakan simbolik penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembangunan negara. Program ini juga selari dengan aspirasi membentuk belia yang berintegriti, patriotik dan bersedia menyumbang kepada kemajuan Malaysia MADANI. Acara ini berjaya menyuntik nilai jati diri dan semangat kenegaraan di kalangan pelajar POLIMAS.