tc3           tc2          

 

tc3

🎓🌐 INTERNATIONAL ACTION RESEARCH ON TVET CONFERENCE (IARTC 2025)
📅 23 Julai 2025
📍 Banquet Hall, Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
International Action Research on TVET Conference (IARTC 2025) telah berlangsung dengan jayanua pada 23 Julai 2025. Persidangan ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) bersama Politeknik Aceh, Indonesia selaku penganjur utama. Rakan penganjur terdiri daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Unit Penyelidikan & Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PPI, JPPKK), Politeknik Kutaraja (Indonesia), Phatthalung Technical College (Thailand) dan Malaysian Technical Doctorate Association (MTDA)
Persidangan ini menjadi platform berimpak tinggi yang menghimpunkan penyelidik dari dalam dan luar negara bagi meneroka penyelesaian inovatif masa depan melalui pendekatan penyelidikan tindakan.
📌 Tema Tahun Ini:
"Navigating the Digital Age – Action Research-Driven Innovation in TVET"
✨ Majlis perasmian telah disempurnakan oleh
YBrs. Ir. Dr. Mohamad Tarmizi Abu Seman, Pengerusi MTDA.
Manakala YBrs. Dr. Noriah binti Abd Malek, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK menyifatkan IARTC sebagai nadi penggerak dalam mengangkat budaya penyelidikan TVET ke tahap yang lebih strategik dan signifikan.
📚 IARTC 2025 bukan sekadar medan pertukaran ilmu, tetapi turut menjadi jambatan membina jaringan global, menyatukan suara dan aspirasi pendidik serta penyelidik dalam usaha memperkukuh TVET sebagai pemacu utama pembangunan kemahiran masa depan.