ma2             ma1

SABAK BERNAM, 23 Julai 2025 - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah diangkat sebagai Juara Keseluruhan Malaysia Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025.
Keputusan itu diumumkan pada majlis penutup yang berlangsung semalam di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), di sini dan disempurnakan oleh YBhg. Brigedier Jeneral Sani bin S Omar, Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat.
Hadir sama ialah YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi), YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta YBrs. Puan Haslinda binti Abd Hamid, Pengarah PSIS.
Naib Johan pula disandang oleh PSIS yang juga merupakan tuan rumah MALPTAAC siri kali ini manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Politeknik Seberang Perai (PSP).
MALPTAAC kali ini telah disertai oleh seramai 700 orang pelajar daripada 17 politeknik seluruh negara dengan kerjasama 12 Rejimen Siri 500 Askar Wataniah.
Turut berlangsung adalah penyerahan bendera MALPTAAC oleh Pengarah PSIS kepada YBrs. Dr. Hajah Salmi binti Che Meh, Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) selaku tuan rumah bagi penganjuran MALPTAAC Siri 17/2026.
Turut hadir ialah Pengarah-pengarah POLYCC.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan disiplin yang dipamerkan sepanjang MALPTAAC Siri 16/2025 ini berlangsung.