b23        b21

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN POLIMAS BULAN APRIL 2026
Alhamdulillah, Majlis Perhimpunan Bulanan POLIMAS bertemakan “Bijak Siber, Sejahtera Bersama” telah berlangsung dengan jayanya pada 20 April 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Mas, POLIMAS.
Majlis ini telah diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk ucapan rasmi, perkongsian berkaitan keselamatan siber, tayangan multimedia serta penyampaian sijil dan hadiah kepada penerima. Selain itu, ceramah khusus turut disampaikan bagi meningkatkan kesedaran, integriti serta nilai profesionalisme dalam kalangan staf.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala ilmu dan manfaat yang dikongsikan dapat memberi kesedaran serta kebaikan kepada seluruh warga POLIMAS.
Anjuran bersama : JTMK dan JMSK POLIMAS ✨