POLIMAS Laksana Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi Perkukuh Tadbir Urus

JITRA, 12 Oktober – Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS Official) telah melaksanakan sesi Audit Kendiri Jabatan dan Organisasi bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, POLIMAS semalam.

Majlis peresmian dan mesyuarat pembukaan program tersebut telah disempurnakan secara rasmi oleh Pengarah POLIMAS, Tn Hj Wan Zulkifly Wan Zakaria.

Pelaksanaan audit kendiri ini diadakan bertujuan untuk memeriksa serta menilai tahap pematuhan prinsip perjawatan, dasar skim perkhidmatan, dan kesesuaian struktur organisasi di peringkat institusi. Melalui penilaian strategik ini, pihak pengurusan dapat memastikan pengagihan tugas dan sumber manusia dioptimumkan secara berkesan.

Langkah ini juga kritikal bagi mengelakkan pertindihan fungsi kerja, sekali gus memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan dan memupuk budaya kerja yang sistematik serta berdaya saing selaras dengan standard jaminan kualiti pendidikan tinggi negara.

Sesi audit tersebut berjalan lancar dengan komitmen penuh daripada barisan pengurusan tertinggi serta warga kerja jabatan yang terlibat bagi memacu kecemerlangan tadbir urus POLIMAS.