TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN 🏆
Warga Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Daniel Ezairy bin Mohd Yusri atas kejayaan menerima PAM Academic Excellence Award 2026.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan bukti usaha serta komitmen dalam mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang seni bina. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar POLIMAS untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama institusi.
Syabas dan tahniah! Semoga terus maju jaya.