MENYERLAHKAN IDENTITI DAERAH BALING MELALUI KREATIVITI DAN REKA BENTUK SENI BINA

Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan antara warga Unit Seni Bina (DSB), Jabatan Kejuruteraan Awam, POLIMAS bersama Pegawai Daerah Baling, Encik Yazlan Sunardie Bin Che Yahaya.

Pelbagai idea kreatif telah dikongsikan bagi menyerlahkan identiti Daerah Baling, antaranya cadangan reka bentuk model diorama daerah, papan tanda ikonik di sempadan daerah, arca (sculpture) serta beberapa elemen reka bentuk yang lain.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik antara Pejabat Daerah Baling dan POLIMAS dalam merealisasikan idea-idea kreatif yang mampu mengangkat imej serta keunikan Daerah Baling.

Baling Beridentiti, POLIMAS Berinovasi!